ADS

Amalan utama malam lailatul qodar

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besardaripada Allah S.W.T. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman danberamal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dankeampunan dari-Nya. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.Amalan-amalan utama yang boleh saudara/saudari dilakukan :a) Beriktikaf di masjidb) Solat fardu Maghrib, Isyak& Subuh di masjid atau surausecara berjemaahc) Solat Tarawih & Witird) Membaca/tadarus Al-Qurane) Berzikir & berselawat kepada Nabi SAWf) Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajatg) Banyak berdoa memohon ampun daripada Allahh) Menghadiri majlis ilmui) Mengejutkan keluarga bangun beribadah dan menjauhi isteri (untuk beribadah)

Blog, Updated at: 12:29 PM

0 comments:

Post a Comment

GEO CITY

SOSMED SHARE

Powered by Blogger.